Tips Kurangkan Anak Ketagih Gajet

 😣 Pernah tengok rupa anak yang ketagih gajet?


👉🏻 Sehari melekat pada gajet sampai 5 jam sehari.


⛔️ Mata anak asyik meliar tanpa fokus.


⛔️ Fikiran asyik terganggu. 


⛔️ Perlu terima arahan berkali-kali. 


⛔️ Tak dapat selesaikan tugasan yang diberi. Fokus sangat mudah terganggu.


⛔️ Ambil masa terlalu lama untuk buat 1 tugasan. 


Kalau anak kalian melenting bila gajet diambil semula, mengamuk bila tak dapat guna gajet, jangan abaikan. 


Itu tanda dia mula ketagih gajet. 


🥰 Risaukan anak ketagih gajet?


Tips Kurangkan Anak Ketagih Gajet


👉🏻 Ada solusinya:


✅ Mak ayah tunjuk teladan yang baik. Kurangkan guna gajet di hadapan anak. 


✅ Tempoh masa skrin harian mesti dihadkan.


✅ Mak ayah sama-sama sepakat untuk kawal penggunaan gajet di rumah. 


✅ Tak boleh dibiar anak guna gajet tanpa dipantau. Kita wajib tahu apa konten yang ditonton.


🥵 Anak guna gajet lebih dari 5 jam sehari?


👉🏻 Gunakan 2 teknik ni:


🦊 REMOVE


• Kurangkan tempoh masa gajet dari 5 kepada 4 ½ jam sehari.


• Anak tak akan perasan tapi kita dah berjaya kurangkan tempoh gajet sebanyak 3.5 jam seminggu. 


🦊 ADD ON


• Tambahkan masa bermain dengan anak tanpa gajet langsung sebanyak 30 minit sehari.


❤️ Lihat selama seminggu dan audit hasilnya.


😰 Anak bebas tengok gajet semasa makan?


👉🏻 Inilah akibatnya bila tak ada peraturan gajet di rumah.


❤️ Ikut 1 kajian, 22% kanak-kanak bawah usia 5 tahun akan menonton gajet setiap kali waktu makan setiap hari.


Kesan buruk pada anak:


🦄 Cenderung untuk makan junk food

🦄 Ada masalah tingkah laku

🦄 Cenderung untuk guna gajet melebihi 1 jam setiap hari


😰 Si kecil merengek bila tak dapat pegang gajet? 


🛡 Kesilapan pertama yang mak ayah buat ialah:


👉🏻 Tak pernah beritahu anak yang semua gajet di rumah adalah milik mak ayah.


👉🏻 Wajib untuk anak tahu yang mereka cuma boleh guna gajet jika diizinkan oleh mak ayah.


Sumber: https://t.me/NotaRedzaZainol


Sharing is carng

No comments